PERTAHANAN Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Feroz Baharudin terpaksa melupakan baki saingan Liga Super 2024/25 selepas mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).
Pemain berusia 25 tahun itu dipercayai mengalami kecederaan serius itu ketika menjalani sesi latihan bersama pasukannya.
Perkara itu juga dikongsikan oleh Feroz menerusi laman media sosial miliknya yang mana dia terpaksa berehat panjang bagi menjalani proses pemulihan.