MASALAH dalaman Kelantan FC yang sehingga kini masih tidak menemui jalan penyelesaian nampaknya akan menyulitkan untuk kelab Pantai Timur itu mendapatkan Lesen Kebangsaan bagi saingan Liga Super musim 2024.
Berdasarkan kenyataan dari Pengerusi Pelesenan Kelab Liga Bola Sepak Malaysa (MFL) First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif, Kelantan perlu menyelesaikan bayaran tunggakan atau menyerahkan persetujuan bersama pemain dan pegawai pada 15 November 2023.
Jika masalah berkenaan akan berterusan, Kelantan mungkin tidak akan beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan jika masih gagal menunjukkan sebarang bukti pembayaran gaji tertunggak pemain.