Dengar Suria

Sukan

Bakal jumpa Kazakhstan, FA Kazakhstan hadiahkan kereta mewah buat bek Uzbekistan lepas cipta sejarah beraksi di EPL

ABDUKODIR Khusanov disambut pulang dengan penuh kemeriahan apabila menerima sebuah kereta Mercedes bernilai £135,000 (RM779,086) selepas kembali ke Uzbekistan untuk tugasan antarabangsa.

Pemain pertahanan Manchester City itu mencipta sejarah dengan menjadi pemain Uzbekistan pertama yang menandatangani kontrak dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), selepas perpindahannya bernilai £33 juta (RM190 juta) ke Stadium Etihad dari Lens.

Khusanov sekali lagi mencatatkan namanya dalam buku sejarah apabila melakukan penampilan sulung menentang Chelsea pada Januari lalu, menjadikannya pemain pertama dari negaranya yang bermain dalam liga utama England itu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%