IBARAT pepatah Melayu “sudah jatuh di timpa tangga” itu yang boleh digambarkan tentang nasib pasukan Kelantan selepas tewas dengan jaringan yang besar buat kali ketiga dalam masa dua minggu.
Kali ini bersama Selangor di hadapan penonton mereka sendiri dan sudah tentu ini akan memberikan tekanan kepada pemain-pemain muda The Red Warriors (TRW) selepas mereka diaibkan dalam dua perlawanan itu.
Bukan mudah untuk mengangkat muka mereka apabila moral dan keyakinan diri sendiri mereka semakin hilang.