BEKAS tonggak kebangsaan, Khalid Jamlus merupakan salah seorang penyerang tempatan berprolifik yang pernah beraksi dalam saingan domestik dan sumbangannya banyak diingati ketika menyarung jersi Perak.
Tanpa kehadiran pemain import, peluang Khalid untuk menyerlah memang digunakan sebaik-baiknya apabila dia membantu skuad Seladang menewaskan Negeri Sembilan 2-0 dalam final Piala Malaysia 2000.
Khalid yang turut menjadi penjaring terbanyak Liga Super untuk pasukan Perak dengan tujuh gol pada musim tersebut itu berhasil membantu Perak memenangi Piala Sumbangsih pada awal musim 2021.