Bola Pegun kembali menemui pembaca. Kolum ini, sesuai dengan namanya mengenai situasi bola mati yang penting dalam memburu jaringan, akan cuba berkongsi sorotan mengenai suka duka jurulatih, pemain mahupun pasukan mengejar kejayaan dalam saingan Liga Malaysia musim 2024/25.
DALAM congakan Badrul Afzan Razali, Terengganu FC (TFC) kendaliannya mungkin memerlukan sekurang-kurangnya 40 mata untuk kekal dalam kelompok empat teratas liga. Dengan berbaki hanya lima perlawanan lagi sebelum musim melabuhkan tirai, sasaran itu harus terasa menyesakkan dada.
Dengan dua daripada lawan yang bakal dihadapi berada di atas mereka – Sabah FC (7 Mac – H) dan Selangor FC (5 April – A) – sebarang ruang untuk skuad Hitam Putih itu keciciran mata lagi perlu dikurangkan ke paras paling minimum atau dielakkan sama sekali.