BAPA kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar meninggal dunia meninggal dunia di kediamannya di Cinta Sayang Resort Villa, Sungai Petani, Kedah pada jam 6.04 pagi Rabu.
Pemergian Allahyaharham, Bakhtiar Md Isa yang menghembuskan nafas terakhir di usia 62 tahun itu dimaklumkan di laman rasmi Facebook bekas pemain bola sepak Kedah dan Sabah FC tu.
Berdasarkan laporan media, Allahyarham baru selesai menjalani pembedahan berkaitan penyakit angin pasang dan Baddrol turut menemani bapanya untuk menjalani rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani sejak beberapa hari lalu.