DUA pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sharom gagal mara ke suku akhir acara pecut lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome pada Rabu.
Terdahulu, Azizulhasni yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu apabila mencatatkan masa 9.402 saat dalam sesi kelayakan pada Rabu.
Selepas ini, Azizulhasni akan fokus acara kegemarannya iaitu keirin pada Sabtu. Beliau memenangi perak pada edisi terdahulu di Tokyo, Jepun.