Dengar Suria

Sukan

Atlet Malaysia terima ‘durian runtuh, RM2 juta habuan pemenang pingat emas pertama

WIRA Wirawati negara yang berjuang di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 bakal menerima ‘durian runtuh’ apabila difahamkan akan mendapat ganjaran berjumlah RM2 juta daripada sektor korporat sekiranya menjadi pemenang pingat emas pertama tanah air.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan media Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memaklumkan sebanyak tiga syarikat korporat iaitu Yinson Holdings Berhad, Matrix Concepts Holdings Berhad dan MJ Health Screening Centre menyatakan minat mereka untuk taja wang ganjaran.

Bagaimanapun, wang ganjaran berkenaan akan dibahagikan sama rata antara atlet tanah air sekiranya lebih daripada seorang wira atau wirawatu Malaysia memenangi pingat emas pada temasya empat tahun sekali itu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%