KELAB Liga Super, Kedah Darul Aman FC telah membuat keputusan untuk melepaskan lapan pemain import mereka yang diambil pada musim lalu.
Antara nama-nama yang dilepaskan adalah Ifedayo Olusegun, Amirbek Juraboev serta Manuel Hidalgo yang kini menyertai Sri Pahang FC menerusi pinjaman dari Johor Darul Ta’zim.
Salah satu nama yang turut dilepaskan oleh Sang Kenari adalah penyerang bernama Ebenezer Assifuah. Penyerang tersebut hadir dengan reputasi baik namun kecederaan di awal musim telah merencatkan prestasinya.