KALAH menang adat permainan.
Namun, pengendali Arsenal, Mikel IArteta melabelkan kekalahan 1-0 Arsenal di tangan Newcastle sebagai satu perkara yang memalukan selepas jaringan kemenangan kontroversi Anthony Gordon tetap diterima oleh VAR.
Gordon memberikan kekalahan pertama buat Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini apabila dia meledak gol di babak kedua aksi di St James’ Park.