CALON untuk memenangi trofi English Premier League (EPL), Liverpool mengalami detik sukar di utara London selepas mereka kecundang 1-3 kepada Arsenal pada Isnin.
Dalam kekalahan yang menyaksikan Arsenal mengurangkan jurang kepada dua mata terhadap The Reds, Liverpool melalui detik memalukan apabila penjaga gol, Alisson Becker dan pertahanan Virgil van Dijk melakukan kesilapan mudah di separuh masa kedua.
Salah faham antara kedua-dua pemain itu sewaktu hendak mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya Liverpool telah peluang terbuka ‘dihadiahkan’ kepada Gabriel Martinelli untuk memberikan Arsenal pendahuluan 2-1.