SEKIRANYA melihat kepada carta Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini, Arsenal sememangnya tidak mengalami masalah dari segi serangan dengan 53 gol dijaringkan setakat ini membuktikan perkara tersebut.
Bagaimanapun, analisis lebih mendalam menyaksikan skuad The Gunners mempunyai masalah besar dari segi penyerang dengan masalah kecederaan menjadi isu terbesar di posisi itu.
Gabriel Jesus yang disisihkan akibat kecederaan anterior krusiat ligamen (ACL) sudah disisihkan sejak Januari lalu sementara Raheem Sterling masih bergelut dari segi kecergasan.