PENGURUS Liverpool, Arne Slot memberikan pandangan kepada peminat mengenai corak permainan yang boleh mereka harapkan di bawah bimbingannya menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL).
The Reds memulakan kempen menentang Ipswich Town, pada Sabtu dalam usaha mereka untuk mengatasi Manchester City sekali gus meraih gelaran Liga Perdana.
Selepas hampir sembilan tahun meraih kejayaan di bawah bimbingan Jurgen Klopp yang antaranya menghadiahkan gelaran Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala FA, semua mata akan tertumpu kepada Slot dan pemainnya untuk meneruskan momentum itu.