Dengar Suria

Sukan

Arif Aiman ke Persepolis ‘upgrade’ yang baik, cuma JDT akan hilang bakat di sayap kanan — Pemerhati bola sepak

JENDELA perpindahan yang sedang rancak berlaku di saingan liga luar negara juga dalam diam melibatkan pemain tanah air apabila mereka dikaitkan dengan penghijrahan ke pasukan baharu.

Antara desas-desus hangat yang singgah di saingan Liga Malaysia (Liga M) pada bulan ini ialah mengaitkan bintang utama Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi apabila dia dikaitkan dengan kelab Iran iaitu Persepolis FC.

Memetik laporan Bartarinha, khabar angin berkenaan mula timbul apabila penganalisis dan jurulatih Persepolis mula mengikuti penyerang sayap kanan kebangsaan itu di laman Instagram dan kemudian berhenti berbuat demikian.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%