SKUAD Gergasi Merah menebus kekecewaan berikutan kekalahan kepada Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan akhir Piala FA dengan kemenangan 4-0 ke atas Kuching City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Selangor pada Jumaat.
Babak pertama menyaksikan Selangor FC mendahului menerusi jaringan Ronnie Fernandez yang mengambil kesempatan menerusi kekacauan dalam kotak penalti pasukan pelawat.
Kedudukan 1-0 itu memastikan momentum milik Selangor FC dengan mereka meneruskan serangan demi serangan ke arah gawang Kuching City FC pada babak kedua.