Dengar Suria

Sukan

Anggap gol jumpa Kedah yang terbaik, Paulo Josue kekal komited bersama KL City

APABILA menjaringkan 70 gol untuk kelab, seorang pemain pasti menghadapi kesukaran dalam memilih jaringan kegemaran mereka.

Bagi kapten Kuala Lumpur (KL) City FC, Paulo Josue, momen yang paling diingati adalah ketika dia berjaya melakar namanya dalam sejarah bola Kuala Lumpur sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Pemain naturalisasi kebangsaan itu menganggap gol terbaiknya adalah ketika memecahkan rekod Fandi Ahmad dengan mencetak dua gol dalam kemenangan 5-0 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada September lalu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%