PENANG FC bakal menerima kunjungan Selangor FC dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Cabaran Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) 2024/25 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Ahad.
Skuad Harimau Kumbang dijangka berdepan cabaran besar kerana akan menentang pasukan yang lebih berpengalaman dalam liga domestik.
Walaupun Selangor FC lebih diungguli di atas kertas, skuad Harimau Kumbang dilihat akan memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri untuk meraih bekalan selesa pada perlawanan separuh akhir kedua di tempat lawan nanti.