KEMERIAHAN Liga Super 2025/26 terus menjadi tanda tanya oleh penyokong bola sepak tempatan selepas Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mendedahkan mungkin musim ini ialah tahun terakhir Sri Pahang FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).
Ini kerana masalah kewangan yang dihadapi dua pasukan itu sangat kritikal sehingga terpaksa dibubarkan kerana tidak mampu menanggung kos operasi pada musim depan.
Andai KDA FC dan Sri Pahang diberikan talian hayat untuk terus beraksi dalam Liga Super, wajar untuk mereka melupakan khidmat pemain import dan bintang tempatan.