PERAK FC mengumumkan keputusan untuk menandatangani Moses Raj yang merupakan anak jati negeri itu selepas bek tengah berkenaan bersinar sepanjang beraksi dalam skuad belia.
“Alumni SMK Anderson, Ipoh ini memperagakan aksi yang memukau pada musim ini bersama pasukan Perak FC III sehingga dipanggil Juan Torres Garrido, ketua jurulatih pasukan B-19 untuk mewakili skuad kebangsaan,” tulisnya.
Bakatnya sebelum ini dikenal pasti selepas dia beraksi dalam saingan Cheetah Cup yang merupakan pertandingan anjuran kelab berkenaan untuk menggilap bakat di negeri tersebut.