SUAMI Dhabitah Sabri teruja menyaksikan aksi penerjun Olimpik itu dalam separuh akhir acara 3 meter (m) papan anjal wanita di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 pada Khamis.
Hantaran itu dibuat Aizat Nazri atau lebih dikenali sebagai Jiggy Masin selepas Dhabitah berjaya mara ke pusingan separuh akhir dalam acara tersebut dengan kedudukan tempat ke-12 daripada 28 peserta dalam saingan awal.
Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram, Jiggy yang juga pelawak turut memuat naik avatar menari bersama kapsyen ‘Alhamdulillah semi final baby’ sebagai simbol sokongan jauh kepada isterinya, selain ‘let’s go sayang’ dalam hantaran terbaharu.