BEKAS pemenang Pestabola Merdeka tiga kali selain pernah beraksi dalam Sukan Olimpik Munich 1972, Shaharudin Abdullah dimasukkan ke Hospital Taiping, Perak pada Isnin kerana mengalami kesukaran bernafas atau semput.
Anak keduanya, Shahrina berkata, ayahnya dibawa ke hospital pada pukul 6.15 pagi (Isnin).
“Abah dibawa ke hospital pada pukul 6.15 pagi ini. Sekarang keadaannya semakin pulih.