KETUA jurulatih PDRM FC, P. Maniam, yakin pasukannya mampu mengejutkan Kedah Darul Aman (KDA FC) menjelang aksi pertama Liga Super di Stadium Selayang, Selangor.
Biarpun baru sebulan bertindak sebagai pengendali pasukan itu, Maniam percaya pemainnya mampu menterjemahkan perancangan taktikal darinya untuk memperoleh keputusan positif dalam pertemuan berkenaan, lapor Stadium Astro.
Menerusi laporan Nadi Bola Khas Latihan Pasukan yang dibawakan oleh Extra Joss pada Jumaat, Maniam berkata, kepada wartawan Astro Arena, Syifa Nasir: “Sudah pasti kita tahu Kedah pasukan yang kuat dan mereka mempunyai pemain yang bagus.