KEPUTUSAN Selangor FC untuk menarik diri daripada beraksi dalam Piala Sumbangsih berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 Mei menyaksikan kelab itu bakal menerima tindakan oleh badan penganjur liga, Malaysian Football League (MFL).
Hasil daripada tindakan Selangor itu, perlawanan Piala Sumbangsih yang sepatutnya diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu terpaksa dibatalkan dan memandangkan ia juga merupakan aksi pertama Liga Super, Gergasi Merah dikira sebagai walkover lalu kemenangan 3-0 diberikan buat JDT.
Tindakan Selangor tersebut ada risikonya, dan kerana itu, mereka bersedia untuk menghadapi segala tindakan oleh MFL.