WAKIL Malaysia di Asia, Selangor FC bersedia untuk berdepan ujian ‘sebenar’ bertemu Jeonbuk Hyundai Motors di Korea Selatan dalam aksi Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) pada Khamis.
Selepas berjaya menang 2-1 pada aksi pertama peringkat kumpulan di Kelana Jaya, Gergasi Merah perlu mendapatkan keputusan baik di Korea Selatan bagi memastikan peluang untuk layak ke pusingan kalah mati terus menyala.
Bagi pengendali sementara Selangor, Abdi Hassan, dia sedar yang Gergasi Merah berdepan skuad ‘B’ Jeonbuk sewaktu mereka bermain di Malaysia.