PENYERANG berbisa The Cats, Jordan Mintah menjadi nadi utama dalam prestasi cemerlang Kuching City FC dalam saingan Liga Super musim ini.
Pemain kelahiran Ghana itu, yang telah menjaringkan 12 gol buat The Cats mahu memastikan pasukannya kekal konsisten dalam baki dua perlawanan.
The Cats akan berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Negeri, Kuching pada 17 April, diikuti perlawanan menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 20 April.