BAGI seorang penyokong tegar bola sepak, sesetengah daripada mereka sanggup mengeluarkan wang sehingga ratusan ringgit untuk membuktikan kecintaan buat kelab kesayangan masing-masing.
Namun, bagi mereka yang kurang berkemampuan, masih terdapat cara lain untuk menzahirkan kecintaan itu dengan mengorbankan masa dan tenaga untuk hadir ke stadium bagi menonton perlawanan meskipun terpaksa menempuhi perjalanan jauh.
Pendekatan sebegitu tidak asing dalam arena bola sepak tanah air apabila sudah terdapat banyak kisah penyokong berjalan jauh untuk memberi sokongan buat pasukan masing-masing.