KECEMERLANGAN Darren Lok menjaringkan dua gol ketika membantu Sabah FC menewaskan Hougang United FC dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H Piala AFC pada Khamis turut mendapat pengiktirafan media antarabangsa.
Perlawanan sengit itu menyaksikan Sabah berjaya mendapatkan kemenangan pertama selepas 28 tahun tidak beraksi di pentas Asia.
Menurut ciapan media antarabangsa, Footy Rankings menyenaraikan Darren Lok sebagai antara penyerang terbaik dalam kesebelasan utama minggu pertama perlawanan Piala AFC.







