MAMPUKAH pemain tengah menyerang Harimau Malaya, Paulo Josue menghadiahkan kemenangan kepada skuad kebangsaan sempena hari lahirnya yang ke-35 tahun dalam perlawanan persahabatan tertutup berdepan Nepal?
Josue, 35, dijangka akan diturunkan aksi menentang Nepal pada Jumaat sebagai sebahagian daripada persiapan Harimau Malaya menjelang pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman.
Malaysia akan menentang Oman, yang kini di tempat kedua Kumpulan D, pada 22 Mac di Muscat dan 26 Mac di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur.