SELEPAS pelbagai desas-desus mengenai perpindahan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid ke Terengganu FC (TFC) musim depan.
Kini wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam telah mengesahkan bahawa dua bintang Johor Darul Takzim (JDT) itu akan menyertai skuad kendalian Tomislav Steinbruckner pada musim depan.
Perkara itu dikongsikan menerusi satu ciapan dalam laman sosial X miliknya yang mengatakan dua pemain kebangsaan tersebut akan menyertai JDT secara pinjaman.