DALAM sejarah bola sepak Malaysia, Kedah Darul Aman (KDA) FC merupakan salah sebuah daripada pasukan ulung.
Sejak zaman berzaman, mereka mengharungi pelbagai detik indah dalam bola sepak. Kemuncaknya adalah ketika era double treble yang diketuai oleh Azraai Khor Abdullah.
Selain daripada zaman gemilang, ada juga waktu mereka terkandas. Pada pertengahan era 2010-an, Sang Kenari berjaya bangkit semula daripada terperosok di Liga Premier hingga terus mendakap Piala Malaysia.