SRI Pahang FC kini sedang dalam persiapan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2024 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 April ini.
Dengan pertukaran tarikh yang dibuat oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) itu, kelab juga mempunyai masa untuk menambah latihan mereka untuk memberi cabaran hebat kepada juara bertahan Piala Malaysia itu.
Bagaimanapun, di sebalik keterujaan final kejohanan berprestij berkenaan, penyokong Tok Gajah tidak dapat menyembunyikan kebimbangan mereka mengenai masalah dalaman yang dialami kelab Pantai Timur berkenaan.