KEMELUT masalah tunggakan gaji Liga Malaysia (Liga M) semakin parah apabila beberapa pasukan Liga Super dikhabarkan tidak melunaskan pembayaran terhadap pemain mereka.
Beberapa pasukan telah pun dikaitkan dengan masalah tersebut dengan lebih dua buah pasukan Liga Super sedang mengalami isu yang saban tahun menjadi topik utama peminat bola sepak.
Malangnya, isu tersebut seakan-akan tidak mempunyai jalan penamatnya. Sebaliknya, ia menimbulkan persoalan, adakah ia bakal menjadi lebih teruk?.