TONGGAK pertahanan skuad Harimau Malaya, Sharul Nazeem Zulpakar bersedia mengadaptasi corak permainan diterapkan pengendali skuad negara, Kim Pan-gon, ketika berdepan dengan China dan Syria dalam aksi persahabatan Tier 1 di Chengdu, China, pada Rabu dan Sabtu depan.
Pemain berusia 23 tahun, yang terkenal dengan gaya agresif di posisi pertahanan itu berkata, tidak mustahil baginya bermain mengikut rentak berbeza sekiranya itu yang dituntut Pan-gon.
“Saya cuba menjadi pemain yang baik sekiranya diberikan slot kesebelasan utama pada perlawanan pertama menentang Syria selain mengikut segala taktikal Pan-gon,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad negara di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, di Petaling Jaya, Selangor pada Ahad.
Sharul Nazeem diturunkan dalam 17 aksi Liga Super musim ini bersama Selangor FC. — Facebook/FAM