Dengar Suria

Sukan

Admin TFC beri hint ’99’, bakal import Peteh dicanang tiba dengan reputasi sebaik Diogo, pernah beradu dengan Messi

MASALAH barisan hadapan Terengganu FC (TFC) seperti sudah menemui jawapannya apabila Sang Penyu dikhabarkan akan membawa masuk penyerang import dari El Salvador, Nelson Bonilla pada pusingan kedua jendela perpindahan Liga Malaysia (Liga M).

Bonilla merupakan seorang penyerang yang berpengalaman beraksi di Romania, Portugal Azerbaijan, Turkiye dan beberapa kelab Liga 1 Thailand seperti Port FC, Bangkok United, Subkhotai FC serta Chiangrai United.

Nama pemain berusia 33 tahun itu mungkin kurang dikenali dalam kalangan peminat domestik namun siapa yang mengikuti saingan Liga 1 Thailand, pasti menyedari bahawa reputasinya sebaik bekas import Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%