BEKAS pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon mendedahkan terdapat beberapa perkara dibincangkan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang tidak boleh dikongsikan secara terbuka.
Perkara itu dikongsikan jurulatih kelahiran Korea Selatan itu ketika mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada jawatannya pada Selasa.
“Saya tidak boleh beritahu anda di sini. Dia (Hamidin) tahu segalanya, kami juga telah berbincang mengenainya banyak kali, bukan hanya sekali.