PERLAWANAN Sabah FC bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka lebih sukar apabila difahamkan The Rhinos kehilangan khidmat dua tonggak utama dalam aksi Liga Super keempat mereka di Stadium Likas dekat Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu.
Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengesahkan dua tonggak berkenaan adalah Saddil Ramdani dan Darren Lok susulan kecederaan dialami mereka, namun beberapa pemain lain bersedia mengambil alih posisi mereka.
BACA LAGI: Pengarah Sabah FC pelik kontena luar stadium, fans jawab tempat ‘simpan’ perosak bola sepak