PERJUANGAN masih lagi belum selesai untuk skuad B-23 Malaysia dalam memburu tempat ke Piala Asia B-23 yang akan diadakan di Qatar pada 2024.
Skuad E. Elavarasan akan turun menentang Thailand pada Selasa dengan satu misi sahaja – menang dan juarai kumpulan.
Hal ini kerana, hanya kemenangan yang mampu mengesahkan tempat Malaysia ke pusingan akhir. Seri atau tewas hanya akan menipiskan peluang negara untuk mara.