SELEPAS Selangor FC mengetahui nasib mereka dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2. Satu wakil Malaysia di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Johor Darul Ta’zim (JDT) mengetahui siapakah lawan mereka di peringkat liga (league stage).
Berbeza dengan Selangor yang perlu bermain enam perlawanan peringkat kumpulan, JDT perlu berdepan lapan aksi peringkat liga dengan empat di laman sendiri dan empat di gelanggang lawan.
Harimau Selatan diundi berdepan Ulsan HD (Korea Selatan), Buriram United (Thailand), Pohang Steelers (Korea Selatan), Shanghai Shenhua (China) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.