KEMARAAN kelab Thailand, Buriram United ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite sedikit mengecewakan penyokong bola sepak tanah air kerana mereka layak ke pusingan itu selepas menyingkirkan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Bagaimanapun, kelukaan tersebut sedikit terubat kerana ramai masih berpeluang menyaksikan wakil negara, iaitu Dion Cools dalam kejohanan tertinggi peringkat Asia berkenaan.
Dia yang beraksi dalam semua 10 perlawanan ACL Elite buat skuad bimbingan Osmar Loss sememangnya memainkan peranan penting sepanjang kempen, baik dari segi serangan mahupun pertahanan.