KEBELAKANGAN ini, dunia bola sepak tanah air dikejutkan dengan banyak dakwaan pemain berketurunan Malaysia berada di pelbagai kelab luar negara selepas sebuah laman pencari bakat giat mencari tahu perihal mereka.
Namun begitu, kesahihan mengenai dakwaan pemain-pemain yang disebutkan mempunyai darah Malaysia masih belum dapat dipastikan sehinggalah mereka sendiri atau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil memberi kenyataan.
Kredibiliti laman pemantau bakat tanah air sekali lagi dipersoalkan apabila seorang ayah pemain muda yang dicanang mempunyai susur galur Malaysia tampil menafikan anaknya berketurunan negara ini.