Dengar Suria

Sukan

Aaron-Wooi Yik tewas kepada beregu China, kempunan muncul juara BMW

BEREGU lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlepas peluang untuk merebut gelaran juara Persekutuan Badminton Dunia (BMW) apabila tewas kepada pasangan dari China dalam aksi final Terbuka China di Changzhou Olympic Sports Centre, China pada Ahad.

Pasangan pilihan keenam itu ternyata tidak dapat menandingi kehebatan beregu dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang apabila tewas dengan keputusan 21-12, 21-14 dalam masa 26 minit.

Ini merupakan kemenangan kelima beregu dari China berkenaan dalam enam pertemuan dengan pasangan negara sebelum ini.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%
Path: /terkini/sukan/aaron-wooi-yik-tewas-kepada-beregu-china-kempunan-muncul-juara-bmw/