BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengesahkan tempat ke suku akhir di Sukan Olimpik Paris 2024.
Gandingan itu memperoleh kemenangan 21-10, 21-15 selepas membenamkan pasangan Kanada, Adam Dong-Nyl Yakura, pada perlawanan kedua Kumpulan A.
Aksi cemerlang tersebut sehari selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan pemain England, Ben Lane dan Sean Vendy pada perlawanan pembukaan mereka, Aaron-Wooi Yik meraih kemenangan yang jauh lebih selesa di Arena Adidas di Port de la Chapelle pada Ahad.