SAINGAN Perodua National Amateur Golf Series (PNAGS) 2025 membuka tirai dengan aksi penuh mendebarkan, namun pemain berbakat, Zakaria Mohammad tampil lebih bergaya setelah berjaya mengungguli kategori Medal A.
Dalam pusingan pembukaan yang berlangsung di Kota Permai Golf & Country Club, Shah Alam, Selangor pada Khamis lalu, pemain tersebut mencatatkan 73 nett OB untuk mengatasi pencabar terdekatnya, Muhammad Eddy yang turut merekodkan catatan sama.
Zakaria yang baru sahaja tampil buat kali pertama dalam PNAGS berjaya mempamerkan aksi konsisten untuk mencatatkan tiga birdie, tiga bogey, dan dua double bogey sepanjang pusingan.