PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi membuat kenyataan terbuka dengan mengatakan kelab Liga Malaysia perlu lebih prihatin dalam menguruskan pasukan berbanding hanya menyalahkan pihak tertentu.
Dalam satu hantaran di laman X, beliau menyeru supaya tindakan segera diambil untuk menangani isu dalam arena bola sepak tanah air, terutamanya dari segi penetapan dasar.
“Kenalkan financial fair play dengan segera, badan pengadil mesti bebas dan bukan di bawah FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia). Tak puas hati juga, bayarlah pengadil luar negara.