Dengar Suria

Hiburan

Sering dicop sombong, Julia Farhana tak boleh puaskan hati semua orang

SUSULAN pendedahan seorang aktor tentang sikap sombong seorang pelakon wanita, nama Julia Farhana dipetik sebagai individu tersebut.

Menjawab mengenai perkara itu, Julia atau Julia Farhana Marin, 31, berkata dia sudah terbiasa dianggap sombong namun terkejut namanya menjadi sasaran.

“Saya banyak kali ‘dicop’ sombong tapi bukan saya sahaja tetapi rakan-rakan selebriti yang lain pun terpalit perkara sama.

Julia tak pernah menerima aduan kurang senang.

“Saya tak boleh puaskan hati orang tapi kalau tuduhan itu ditujukan kepada saya, lebih elok kalau dia cakap sendiri dekat saya,” katanya kepada mStar.

Dia yang sudah 14 tahun bergelar pelakon memberitahu tidak pernah menerima aduan kurang senang tentang sikapnya daripada pelakon senior.

“Saya suka dengar maklum balas orang sebab di set macam-macam perkara boleh berlaku.

“Bagi saya kalau itu pengalaman dia tiada apa boleh saya katakan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Julia Farhana panik berada dalam lif sendirian, rupanya ada masalah klaustrofobia

ARTIKEL BERKAITAN:Julia Farhana dedah wanita berani goda suami depan matanya, tak risau kesetiaan Dr Che Hafiz

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Julia sebagai seorang pelakon dia perlu menangani pelbagai komitmen bukan hanya di set penggambaran.

Jelasnya, jadual kerja yang padat kadang kala memberi tindak balas terhadap layanan seseorang.

“Saya sebagai pelakon tahu betapa penatnya menjadi pelakon kerana bukan hanya berlakon tapi pergi acara dan jumpa klien.

“Kadang kita shooting sampai dua tiga pagi, jadi tiada tenaga untuk berbual dengan orang ,” luahnya.

Julia bersama suaminya, Che Hafiz.

Sebelum ini, pelakon Jeremy Bong mengakui terguris dengan kata-kata dilemparkan aktres senior terhadap dirinya di awal kemunculannya dalam bidang seni.

Perkara itu didedahkan Jeremy ketika menjadi tetamu podcast Sembang Seram pada awal April lalu.

Meskipun tidak menyebut nama aktres berkenaan, rata-rata netizen mula mencari tahu dan memetik nama Julia Farhana.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

0%