MAHU memulakan kehidupan baharu, penyanyi Datuk Nora Ariffin menerima dengan hati terbuka jika suaminya, Dr Rushdi Ramli melafazkan cerai pada Selasa.
Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, dia reda dengan perkara itu kerana tidak lagi mahu hidup dalam persekitaran toksik.
“Kalau jodoh sampai di sini, saya terima, mahu mulakan hidup baru dan keluar daripada persekitaran toksik selain ingin membersihkan nama, itu paling penting.
Nora dan suami hadir diMahkamah Rendah Syariah Petaling.
“Kami ada berjumpa tetapi tidak berbincang tentang hal perceraian sebab memang menanti hari ini dan tak mahu tanya serta ingin dia buat keputusan dengan rela hati.
“Dia juga tahu apa saya mahu. Kami tak bergaduh cuma berjanji selesaikan dengan cara baik,” katanya kepada mStar.
Nora memaklumkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, pada Selasa.
ARTIKEL BERKAITAN:Nora Ariffin akhirnya tuntut cerai
ARTIKEL BERKAITAN:[V] Nora Ariffin terpaksa tuntut cerai, bukan kerelaan hati
Nora yang hadir pada pukul 8.35 pagi ditemani peguam Sarah Mohd. Ali dan kakak angkatnya, Rafeah Ariffin.
Ketika ditanya mengenai harapannya, Nora berkata dia tidak meletakkan sebarang jangkaan berhubung prosiding pertama itu.
“Saya serahkan kepada pihak mahkamah. Saya tak berani nak jangka sebab tak pernah melalui situasi ini.
Kami tak bergaduh cuma berjanji selesaikan dengan cara baik
DATUK NORA ARIFFIN
PENYANYI
“Segala keputusan yang saya dengar kejap lagi, saya akan terima dengan hati terbuka dan berlapang dada,” ujarnya.
Sementara itu, Dr. Rushdi juga mengunci mulut mengenai keputusan untuk melafazkan cerai pada hari ini.
“Saya tak mahu beri sebarang komen selepas perbicaraan selesai. Saya akan bercakap apa yang sepatutnya di hadapan hakim. Biar pihak mahkamah yang tentukan.
Nora mahu mulakan hidup baharu.
“Tentang lafaz cerai, saya tak boleh beritahu. Sesiapa yang tanya pun saya tidak jawab,” jelasnya.
Pada 21 April, Nora memfailkan permohonan cerai selepas rumah tangga gagal menemui titik penyelesaian.
Untuk rekod, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr. Rushdi pada penghujung 2021.
Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Allahyarham Johan Nawai pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!