Dengar Suria

Sukan

Malaysia banyak labur terhadap Faisal Halim, Hannah Yeoh lega siasatan diteruskan

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh lega siasatan terhadap kes pemain bola sepak kebangsaan negara iaitu Faisal Halim masih diteruskan selepas ramai gusar dengan status tiada tindakan lanjut atau No Further Action (NFA) yang dikeluarkan pihak polis.

Sebelum ini, peguam yang mewakili Faisal menyatakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengklasifikasikan kes tersebut sebagai NFA kerana tiada sebarang bukti baharu diperolehi berhubung siasatan.

“Apa yang berlaku kepada Faisal Halim adalah jenayah berat sangat serius dan dia adalah aset  penting negara. Jadi saya  berharap pihak polis tidak terhenti seperti itu.

“Saya ada baca penyataan polis yang katakan NFA, ia tidak bermaksud siasatan dihentikan. Jadi saya lega siasatan masih diteruskan,” katanta ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Piala Asia Persatuan Sepak Takraw Asia (Astaf) di sebuah hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

MENYUSUL…

0%