Dengar Suria

Hiburan

Lama menyepi, Sarah Hildebrand kongsi khabar gembira sedang hamil

PELAKON Sarah Hildebrand berkongsi khabar gembira dirinya kini sedang hamil anak sulung.

Sarah atau Nur Sarah Hilderbrand Asyraf Hilderbrand, 35, memuat naik gambar imbasan menunjukkan kandungannya sudah memasuki usia tiga bulan.

Malah dia juga menulis kapsyen ringkas meluahkan kegembiraan bakal bergelar ibu.

Sarah menunjukkan keputusan alat ujian kehamilan.

“Semuanya sedang berkembang,” ujarnya.

Sebelum ini pelakon berkenaan juga memuat naik gambar alat ujian kehamilan memaklumkan perkara sama.

Dalam hantaran yang dimuat naik, Sarah memberitahu dia sedang menikmati kehidupan tanpa banyak berkongsi di sosial media.

ARTIKEL BERKAITAN:Sarah Hilderbrand beri bayangan sudah kembali bergelar isteri, jejaka ‘mat salih’ jadi pilihan hati

ARTIKEL BERKAITAN:Sarah Hildebrand bergelar isteri kepada jejaka kacukan Filipina-Amerika – “Suami peluk Islam pada September lalu”

“Lama tidak berjumpa. Saya sibuk dengan kehidupan dan mencipta memori.

“Satu perkara ini tidak mungkin saya lepaskan untuk kongsi,” jelasnya.

Pada Ogos tahun lalu, Sarah juga memuat naik beberapa keping gambar memberi bayangan dia kembali berumah tangga dengan seorang jejaka mat salih.

Sarah memuat naik gambar dia kembali berumah tangga pada tahun lalu.

Pasangan tersebut dilihat meraikan hari bahagia mereka dalam sebuah majlis yang cukup ringkas.

Sarah sebelum ini membuat keputusan meninggalkan Malaysia dan menerima tawaran untuk berkhidmat dengan Tentera Udara Amerika Syarikat.

Dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki bernama Otto Gillen pada November 2019 namun bercerai tidak lama kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

0%