Dengar Suria

Hiburan

Komposer Indonesia puji Bella Astillah wanita hebat, berjaya dalami lirik ‘Lebih Indah Berpisah’

PERTAMA kali menjalinkan kerjasama, komposer asal Indonesia memuji komitmen diberikan penyanyi Bella Astillah sepanjang penghasilan laguterbaharu berjudul Lebih Indah Berpisah.

Bukan sekadar profesisonal dalam kerja, menurut Ade juga Bella dapat mendalami setiap makna dalam lagu ciptaannya itu dengan baik.

“Lagu ini membawa mesej bahawa berpisah bukanlah sebuah kegagalan tetapi satu langkah berani menuju kehidupan lebih indah berbanding terus berjuang dalam hubungantidak seimbang.

Ade (kanan) cipta lagu khas buat Bella.

“Bella memperlihatkan kesabaran, keikhlasandan ketulusan luar biasanamun setiap orang pasti ada batasnya. Lagu ini adalah penghormatan kepada kekuatan hati.

“Bella sangat profesional, bukan sahaja dalam nyanyian malahlakonan dalam video muzik juga menunjukkan kesungguhan luar biasa.

“Tidak ramai wanita yang mampu menunjukkan ketabahan dan komitmen sepertinya. Bella memang hebat,” katanya.

Bercakap tentang lagu ini, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, memberitahu ia sebuah karya istimewa buat dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN:Bella Astillah kongsi ciri-ciri lelaki idaman, paling penting bukan orang dalam bidang seni

ARTIKEL BERKAITAN:Bella Astillah menangis lagi depan Kaabah, kali ini bukan air mata sedih

Seperti tajuknya, ia juga seolah menggambarkan apapernah dilalui oleh Bella dalam kehidupanperibadinya.

“Lagu ini ditulis dengan penuh jiwa dan semangat oleh Ade, menggambarkan keberanian untuk berpisah dengan penuh keikhlasan.

“Bermula daripada cadangan tajuk yang sedikit berbeza, akhirnya saya dan Adesepakat memilih perkataan indah sebagai teras utama judul ini. Ia mencerminkan sisi positif daripada sebuah perpisahan,” ujarnya.

Bella dan Ade kongsi semangat positif dalam lagu Lebih Indah Berpisah.

Dalam masa sama dia meluahkan rasa terharu apabila kehadirannya ketika merakamkan lagu di Jakarta, Indonesia diterima baik tenaga kerja di sana.

Menerusi kerjasama kali ini juga Bella harap dia dapat terus memperbaiki mutu nyanyian sekali gus diterima baikpendengar.

“Saya buat lagu ini bukan untuk bersaing dengan sesiapatetapi untuk diri saya sendiri danmenjadi lebih baik.

“Sewaktu proses rakaman, suasana di studio sangat positif dan penuh sokongan. Ini menjadikan pengalaman rakaman bebas tekanan,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

0%